BACAAN KVK + KVK




BACAAN KVK + KVK


 

 

 






BACAAN KV + KV



BACAAN KV + KV












 




 



 

MARI BERPANTUN





MARI BERPANTUN




Pergi ke pekan menaiki beca,
Menaiki beca bersama Mak Uda,
Mari kita selalu membaca,
Untuk menambah ilmu didada.


Anak Pak Harun bernama Rauf,
Setiap hari memakai kemeja,
Mulakan dengan mengenal huruf,
Selepas itu baca mengeja.


Puan Suri menanam kemboja,
Kemboja ditanam didalam kaca,
Mulakan dengan baca mengeja,
Barulah boleh lancar membaca.

SERONOKNYA MEMBACA




    Membaca merupakan tahap penting dalam proses perkembangan anak kerana membaca merupakan gerbang pertama untuk menuju proses pembelajaran yang lebih kompleks.

    Membaca juga sangat penting dalam meningkatkan peradaban manusia. Kita telah dilatih sedari kecil untuk membaca bermula dari prasekolah lagi. Sebelum kita dapat membaca dengan lancar, kita perlu melalui beberapa peringkat bermula dari mengenal huruf, mengeja, membunyikan suku kata dan seterusnya membaca.  

    Membaca juga merupakan jambatan ilmu yang tiada batasnya. Oleh itu kita digalakkan membaca dan kita harus menanamkan perasaan suka membaca dalam diri kanak -kanak.

Serononya membaca...........


 

 

DEFINISI DAN KONSEP MEMBACA  

  

1. Membaca merupakan satu proses mengubah simbol-simbol grafik iaitu  tulisan kepada konsep - konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental. 

 

2. Membaca adalah  terjemahan daripada bentuk tulisan kepada satu bentuk bahasa yang membolehkan pembaca menimbulkan makna daripada bentuk tulisan berkenaan.

 

3. Membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang - lambang dan menterjemahkan lambang - lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.

 

4. Membaca merupakan satu cara untuk memahami pola-pola bahasa daripada daripada bentunya yang bertulis.

 

5. Membaca merupakan proses makanikal atau membunyikan huruf - huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan dengan tajuk yang dibaca dan melibatkan proses pemikiran yang konstruktif.

 

 

 

MASALAH MEMBACA DI KALANGAN KANAK - KANAK 


Masalah membaca dikalangan kanak kanak. Terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Punca anak-anak jadi begitu kerana :

a. Ini mungkin kerana kurang tumpuan atau memberi perhatian dalam bacaan

b. Tidak aktif membaca atau jarang jarang membaca

c. Tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya